Mingguan Amanz – Computex 2017, Intel Core i9, Nokia Kembali

Pada minggu lepas, kita telah melihat acara Computex 2017 berlangsung di Taiwan, dimana sejumlah peranti baru telah dilancarkan pada acara berkenaan. Antara yang diumumkan adalah termasuk penawaran komputer riba baru daripada Asus, MSI, Dell dan beberapa pengeluar lain. Microsoft turut tidak ketinggalan dan telah mengumumkan beberapa peranti Windows Mixed Reality.

Pengeluar perkakasan turut tidak ketinggalan, dan telah mengumumkan beberapa perkara baru. Intel mencuri perhatian dengan pengenalan keluarga Core X dan juga cip baru Core i9, sementara NVIDIA pula hadir dengan teknologi rekaan komputer riba yang nipis melalui apa yang mereka panggil sebagai Max-Q.

Pengasas Android, iaitu Andy Rubin pada minggu ini telah memperkenalkan telefon pintar yang dibangunkan syarikat beliau, dinamakan Essential Phone. Selain Essential, satu lagi peranti baru yang diperkenalkan adalah Moto Z2 Play dengan sokongan modular.

Di Malaysia, beberapa peranti baru telah diperkenalkan, termasuk HTC U11, Moto G5 Plus, Nokia 3, Nokia 5, Nokia 6 dan juga Nokia 3310.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: