Sudahkan anda menonton filem terkini Pirates of The Caribbean Salazar’s Revenge di bioskop berhampiran? Filem ke lima di dalam siri pengembaraan Captain Jack Sparrow ini kini mempunyai peranti edisi khas dalam bentuk Samsung Galaxy S8. Ia baru sahaja dilancarkan untuk pasaran China dengan harga jualan RMB 5988 (~RM 3760).
Pembeli akan menerima kotak khas berisi sebuah GalaxyS8, kerangka dan pemegang peranti bertemakan PoTC. Selain daripada itu antaramuka juga diberikan sentuhan menarik dengan ikon serta gambar latar belakang Jack Sparrow. Ia hanya ditawarkan di China sahaja setakat ini. Sebelum ini Samsung juga pernah menghasilkan peranti khas Galaxy S6 Edge Iron Man dan S7 Batman.