Malaysia Tidak Merancang Melarang Peranti Dibawa Penumpang Ke Dalam Pesawat

Isu hangat di dalam dunia pengangkutan udara sejak Mac lalu ialah pengharaman membawa peranti elektronik di dalam kabin pesawat oleh Amerika Syarikat. “Pengharaman komputer riba” ini membabitkan pesawat yang terbang dari beberapa negara Islam ke Amerika Syarikat. Langkah ini kemudian diikuti pula oleh Britain. Kini pihak AS sedang mempertimbangkan untuk mengembangkan pengharaman ke kesemua penerbangan keluar dan masuk negara mereka.

Polisi ini dilalukan atas sebab ancaman pengganas yang dipercayai mahu menggunakan komputer riba dan tablet sebagai tempat simpanan bom. Malaysia buat masa ini tidak akan mengikuti jejak AS dan Eropah untuk menguatkuasakan polisi yang serupa. Ini disahkan sendiri oleh Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia menerusi laporan dari Bernama Radio. Bagi penumpang pesawat di Malaysia buat masa ini mereka boleh menghela nafas lega kerana tidak perlu memasukkan komputer riba ke dalam ruang kargo.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: