Bagi menikmati peranti realiti maya dengan lebih realistik, skrin yang beresolusi tinggi adalah perlu. Ini adalah sebab mengapa platform Google Daydream dan Gear VR hanya menyokong peranti dengan skrin beresolusi minimum QHD. Apabila skrin beresolusi tinggi, masalah Screendoor Effect dapat dielakkan. Di acara Display Week 2017, Samsung memperlihatkan skrin terbaru beresolusi tinggi mereka untuk kegunaan peranti realiti maya.
Skrin ini mempunyai ke resolusi 2024 x 2200 pixel untuk setiap mata dengan kepadatan pixel 858 PPI. Ini adalah peningkatan berbanding 1080 x 1200 pixel untuk setiap mata pada skrin 460 PPI yang digunakan pada Oculus Rift dan HTC Vive.
Tahun lalu Samsung memperlihatkan prototaip skrin untuk peranti realiti maya mereka dengan kepadatan pixel 806 PPI. Rekod skrin dengan kepadatan pixel tertinggi masih lagi dipegang skrin prototaip Sharp dengan kepadatan pixel 1008 PPI.