Essentail Phone dilancarkan semalam dengan rekaan semua-skrin yang amat unik. Ia masih mengekalkan kamera hadapan pada bahagian atas dengan skrin tambahan mengepit dari kedua-dua sisi. Rekaan skrin ini nampaknya bakal digunakan pada peranti LG V30. Dengan kata lain sistem skrin sekunder LG V20 diberikan rekaan baru.
Gambar peranti yang dikatakan adalah LG V30 tertiris hari ini dengan tubuh logam, dwi-kamera dan bicu audio. Dari segi spesifikasi ia dipercayai diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 835, memori 6 GB RAM dan dwi-kamera 13+13 Megapixel.Penggunaan skrin yang unik ini tidak mengejutkan kerana LG telah mempatenkannya terlebih dahulu.
Ia dijangka dilancarkan pada musim luruh hadapan. Bagi yang kecewa dengan LG G6 yang hanya menggunakan Snapdragon 821, ini ialah peranti yang mungkin anda nantikan.