Empat sepakat bunuh guna galah

Utama

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Sungai Buloh: Empat individu termasuk dua lelaki warga Indonesia ditahan di Kampung Baru Subang, 1 Disember lalu kerana membunuh buruh binaan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata, mangsa yang juga warga Indonesia berusia 20-an ditikam di perut menggunakan parang yang diikat pada hujung galah 3.5 meter pada 28 November lalu.

“Ketika kejadian 2.30 pagi itu, mangsa sedang tidur bersama anak dan isterinya di rumah mereka di Kampung Melayu Subang, di sini.

“Suspek dipercayai menikam mangsa dari luar rumah melalui tingkap yang diumpil,” katanya.

Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia pada 10.25 pagi 30 September lalu ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Abdul Aziz berkata, hasil maklumat diperolehi, pihaknya menahan empat individu berusia 20 hingga 30 tahun di Kampung Baru Subang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

“Hasil soal siasat, seorang daripada suspek mengaku membunuh mangsa kerana mengesyaki dia mempunyai hubungan sulit dengan isteri keduanya yang juga warga Indonesia.

“Tiga yang lain mengaku bersubahat dan menerima upah RM1,200 setiap seorang bagi membunuh mangsa,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 320 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

bunuh lelaki warga Indonesia
Image: 
Nurul Hidayah Bahaudin

Sungai Buloh: Empat individu termasuk dua lelaki warga Indonesia ditahan di Kampung Baru Subang, 1 Disember lalu kerana membunuh buruh binaan.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: