Ajal 2 rakan dihempap pokok [METROTV]

Utama

Kuala Nerus: Dua pencari kayu ditemui mati selepas dipercayai dihempap pokok di Bukit Layat, di sini.

Kejadian menimpa dua sahabat dikenali sebagai Mohd Zuki Ismail, 39, dan Khairullah Samad,22, hanya diketahui keluarga kira-kira jam 2 petang tadi.

Difahamkan kejadian disedari seorang lagi pencari kayu yang kebetulan melalui lokasi berkenaan dan mendapati pondok terbabit roboh sebelum menemui mayat kedua-dua mangsa.

Dia kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada penduduk kampung.

Ketika ini pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mangsa dari lokasi yang agak jauh.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika dua mangsa sedang berehat di pondok di dalam hutan berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Image: 
Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Nerus: Dua pencari kayu ditemui mati selepas dipercayai dihempap pokok di Bukit Layat, di sini.

Ajal dua sahabat dihempap pokok

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: