'Moh Yop…kite tolong Rohingya'

Mutakhir

am@hmetro.com.my

Ipoh: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melancarkan Tabung Solidariti Rohingya Peringkat Negeri Perak.

Tabung itu ditubuhkan sempena program Soladariti Rohingya dan Kepedulian Ummah di Masjid Sultan Azlan Shah, lewat malam tadi.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin, berkata ia sebagai menandakan keprihatinan terhadap nasib yang sedang menimpa umat Islam di negara itu.

Katanya, hasil kutipan derma yang dibuat melalui orang ramai termasuk gerakan pasukan JAIPk ke jabatan kerajaan sebelum ini turut berjaya mengumpul lebih RM7,000.

“Kita akan menggerakkan tabung ini ke lebih 600 masjid dan lebih 30 surau yang adakan solat Jumaat di negeri ini, minggu depan.

“Jadi, kita harap keprihatinan semua untuk menderma bagi disalurkan kepada masyarakat Rohingya,” katanya.

Lebih 1,000 orang termasuk 300 komuniti rakyat Rohingya menghadiri program bermula 7 malam.

Program dipenuhi dengan pengisian seperti ceramah dan tayangan video berkenaan isu dan kekejaman terhadap etnik berkenaan.

Image: 
Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melancarkan Tabung Solidariti Rohingya Peringkat Negeri Perak.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: