Datuk M disemadikan di Air Itam [METROTV]

Utama

am@hmetro.com.my

Georgetown: Jasad mendiang Datuk Ong Teik Kwang dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP), pagi ini.

Ong atau lebih terkenal dengan panggilan Datuk M maut selepas ditembak pengawal peribadinya di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, pada 7.15 malam tadi.

Jasad Ong, 32, dibawa keluar pada 10.25 pagi, sambil diiringi lebih 100 ahli keluarga dan rakan. Mendiang dijangka disemadikan di Paya Terubong, Air Itam.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HPP apabila beberapa ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan selepas urusan bedah siasat selesai dan dibawa keluar untuk pengebumian.

Sementara itu, jasad dua mangsa maut ditembak, Senthil Murugiah, 38, dan Choi Hon Ming, 32 masih lagi ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik, HPP.

Dalam kejadian itu, pengawal peribadi terbabit menaiki kereta bersama Datuk itu dan seorang lagi rakan mereka.

Berlaku pergaduhan dalam kereta berkenaan sebelum suspek melepaskan tembakan hingga menyebabkan Datuk terbabit meninggal dunia.

Suspek kemudian keluar dari kereta dan mengacukan senjatanya kepada seorang lagi rakannya di tengah jalan membuatkan keadaan trafik menjadi sesak.

Bagaimanapun, tembakan dilepaskan terkena pemandu kereta serta seorang penunggang motosikal di tempat kejadian dan mereka maut.

Kejadian itu turut mengakibatkan empat cedera termasuk jurukamera sambilan RTM, Mohamad Amirul Amin Amir, 28.

Image: 
Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: Jasad mendiang Datuk Ong Teik Kwang dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP), pagi ini.

Dua suspek direman kes tembak Datuk M di Georgetown

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: