Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan (SPN Kelantan) – Disember 2016

Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan (SPN Kelantan) mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong terkini sebagai :

1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41
2. PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41
3. PEGAWAI SYARIAH GRED LS41
4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29
5. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
6. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29 
7. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GRED G29
8. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29
9. PENGGAWA GRED NP29 
10. PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29
11. PENOLONG JURUAUDIT GRED W29
12. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN GRED C29
13. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19
14. PEMBANTU VETERINAR GRED G19
15. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
16. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
17. PENGHANTAR NOTIS GRED N11
18. PEMBANTU AWAM GRED H11

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan di bawah peruntukan dalam Perkara 61 Bahagian Yang Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Ia memainkan peranan penting dalam aspek Pengurusan Sumber Manusia Negeri Kelantan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan merupakan badan pengasingan atau sebagai badan bebas. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan bermula pada tahun 1959 setelah cadangan penubuhannya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) pada 14 April 1959. Pada 21 Mei 1959 cadangan penubuhannya diluluskan. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan secara rasminya pada 25 Jun 1959 dan penubuhannya dikuatkuasakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan (SPN Kelantan) ini, sila klik di sini. Permohonan secara online boleh dibuat melalui pautan ini.
Tarikh tutup permohonan : 14 Disember 2016
Penempatan : Kelantan

| Info penuh | Jawatan lain


Widget not in any sidebars

Nota: