Semoga cepat sembuh Amirul

Mutakhir

 

Hadzlihady Hassan, Rudy Syareme Sheriffudin & Mohd Hilmi Mahmud

am@hmetro.com.my

Georgetown: “Berita yang diterima cukup mengejutkan,” kata Ibu jurukamera sambilan RTM, Mohammad Amirul Amin Amir,27, yang cedera ditembak di bahu kiri dalam kejadian tembak di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, 7.15 malam tadi.

Bunisa Mohd Ali, 58, berkata, semasa kejadian berlaku berada di rumah selepas selesai solat Isyak dan salah seorang anak  perempuan memberitahu untuk mengajak pergi Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurutnya, dia langsung tidak diberitahu kejadian sebenar yang berlaku disebabkan tidak mahu mengejutkannya tetapi selepas tiba dia terkejut apabila diberitahu Amirul cedera ditembak.

Katanya, dia mula menjadi panik selepas tiba di perkarangan Unit Kecemasan HPP dan terlihat ramai ahli keluarga yang lain berkumpul termasuk rakan-rakan Amirul.

“Saya mula rasa tidak sedap hati dan salah seorang ahli keluarga datang memberitahu bahawa Amirul terkena tembakan dan mebahu kiri serta masih lagi diberikan rawatan,” katanya ketika ditemui di sini di HPP malam tadi.

Bunisa memberitahu dia melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana Amirul terselamat dalam kejadian itu selain menunggu maklumat lanjut daripada pihak hospital.

“Sebagai ibu saya amat berharap agar keadaan Amirul akan cepat sembuh dan pulih seperti biasa dan sehingga kini masih belum dapat berjumpa dengan Amirul,” katanya.

Image: 

Hadzlihady Hassan, Rudy Syareme Sheriffudin & Mohd Hilmi Mahmud

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: