Biadap, kurang ajar

Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) membuka kertas siasatan berhubung isu alas kaki mengandungi ayat al-Quran yang menjadi viral di media sosial.

Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang pembeli di sebuah pasar raya di Dungun semalam, memaklumkan ada ayat al-Quran pada alas kaki dibelinya.

“Kita sudah mengenal pasti pasar raya dan kedai yang menjual alas kaki ini dan Bahagian Penguatkuasa Syariah JHEAT akan mengadakan operasi bersepadu bersama Kementerian Dalam Negeri dalam masa terdekat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab meletakkan ayat al-Quran di tempat tidak sepatutnya.

“Sekiranya pengeluar produk berkenaan berada di negeri lain, JHEAT akan memanjangkan perkara ini kepada pihak berkuasa agama di negeri berkenaan dan jika berlaku di Terengganu, tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak yang mengeluarkan produk ini boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 (Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001) iaitu mereka yang mempersendakan ayat al-Quran atau hadis boleh didenda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, tersebar di WhatsApp mengenai alas kaki mengandungi ayat al-Quran sehingga menimbulkan kemarahan pengguna dengan tindakan segelintir pihak menghina agama Islam

Image: 
Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) membuka kertas siasatan berhubung isu alas kaki mengandungi ayat al-Quran yang menjadi viral di media sosial.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: