Penduduk pantau

Mutakhir

am@hmetro.com.my

 

Sungai Petani: Penduduk di persisir pantai Kampung Kuala Muda, Sungai Petani, bersengkang mata memantau fenomena air pasang besar, sejak 11.30 malam tadi.

Tinjauan Harian Metro mendapati penduduk berkumpul di pintu air Kampung Sungai Meriam.

Air laut dikatakan sedang pasang namun tiupan angin yang agak perlahan menyebabkan ombak tidak kuat dan jika keadaan berterusan limpahan air laut mungkin tidak berlaku seperti dijangkakan.

Penduduk, Nazri Salim, 50, yang ditemui berdoa agar keadaan itu berterusan.

“Namun kami semua tetap berwaspada dan membuat pemantauan dari sini kerana cuaca boleh berubah pada bila-bila masa.

” Jika ikut amaran yang dikeluarkan ombak akan mencapai setinggi 2.9 meter,itu yang penduduk bimbang, jika betul berlaku ianya lebih teruk dari sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, satu keluarga  di Kampung Sungai Meriam berpindah awal Pusat pemindahan SK Seri Kuala, dekat sini, kerana  bimbang air pasang besar.

 

 

Image: 
Omar Osman

Sungai Petani: Penduduk di persisir pantai Kampung Kuala Muda, Sungai Petani, bersengkang mata memantau fenomena air pasang besar, sejak 11.30 malam tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: