50 pelajar diserang histeria

Utama

mohd.hasbi@hmetro.com.my

Bangi: Kira-kira 50 pelajar lelaki dan perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Bangi, di sini, diserang histeria pagi tadi.

Kejadian kira- kira 9 pagi itu pada mulanya menyerang kumpulan pelajar tingkatan empat yang menyebabkan mereka meraung.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Nor Hisham Abdullah berkata, kejadian kemudiannya menular kepada pelajar tingkatan tiga dan lima.

“Kakitangan sekolah membawa pelajar yang terbabit kes dewan untuk mengawal keadaan sebelum situasi kembali terkawal kira- kira jam 1 petang,” katanya.

Katanya, pihak PIBG dan sekolah masih menyiasat punca sebenar kejadian melalui Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat agar ia tidak berulang.

Image: 
Mohd Hasbi Sidek

Bangi: Kira-kira 50 pelajar lelaki dan perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Bangi, di sini, diserang histeria pagi tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: