Panggilan bom di sekolah [METROTV]

Utama

am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Lebih 1,500 pelajar sekolah menengah di Bakar Arang, di sini gempar selepas menerima panggilan bom palsu jam tengah hari tadi.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid terbabit menerima panggilan telefon daripada wanita mendakwa terdapat bom di dalam sekolah itu.

Guru terbabit kemudian memaklumkan kepada pengetua sekolah sebelum bertindak membunyikan siren kecemasan dan mengarahkan pelajar dan guru ke tengah padang sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisiner Md Zukir Md Isa berkata, polis menerima panggilan daripada guru sekolah itu yang memaklumkan pihaknya menerima panggilan telefon mengatakan terdapat bom di sekolah.

Katanya, bertindak atas panggilan itu, polis bergegas ke sekolah berkenaan namun selepas pemeriksaan oleh Unit Pemusnah Bom dan anggota polis tidak menemui sebarang bahan letupan.

“Pemeriksaan selesai 2.30 tadi dan polis mengesahkan tiada bom ditemui selepas pemeriksaan rapiUnit Pemusnah Bom bersama Unit Anjing Pengesan (K9).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah melalui perhubungan sembunyi nama di mana jika sabit kesalahan ini boleh dihukum dua tahun penjara ,” katanya.

Image: 
Image: 
Omar Osman

Sungai Petani: Lebih 1,500 pelajar sekolah menengah di Bakar Arang, di sini gempar selepas menerima panggilan bom palsu jam tengah hari tadi.

Sekolah terima panggilan bom

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: