Anting-Anting Khas Direka Untuk Menangkap Apple AirPods Yang Terjatuh

Apabila ia diumumkan, fon telinga tanpa wayar Apple AirPods menjadi bahan jenama internet. Tanpa sebarang wayar fon telinga ini akan mudah tertanggal dari telinga pemakai. Apple segera mengumumkan mereka akan menjual AirPods secara berasingan sekiranya pengguna kehilangan salah satu daripadanya.

Pelbagai aksesori dihasilkan bagi memastikan fon telinga yang mahal ini tidak mudah hilang. Kini muncul sebuah lagi aksesori yang boleh dimiliki pengguna AirPods. Ia hadir dalam bentuk sebuah anting-anting dengan bakul terbina. M3D Twisty Earbud Catchers  ialah anting-anting cetakan 3D yang boleh dimuat turun secara percuma. Anda hanya perlu memiliki sebuah mesin cetak 3D untuk memilikinya.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: