am@hmetro
Kota Bharu: Pemandu van Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan antara calon persendirian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang menduduki peperiksaan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar tadi.
Nik Mohd Nazrul Nik Rashid, 31, berkata, pada 2012 dia pernah menduduki PT3 namun gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (BM).
Katanya, dia bagaimanapun tidak berputus asa dan mencuba sekali lagi pada tahun ini selepas dinasihatkan berbuat demikian untuk memperoleh jawatan sebagai kakitangan tetap.
“Saya menduduki PT3 untuk mendapatkan markah kredit dalam BM selepas gagal empat tahun lalu.
“Kertas soalan BM hari ini agak sukar namun saya kuatkan semangat dan mampu menghabiskan semua soalan dalam masa yang ditetapkan.
“Harapan saya, moga dapat memperoleh keputusan yang baik nanti,” katanya ketika ditemui.

Kota Bharu: Pemandu van Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan antara calon persendirian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang menduduki peperiksaan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar tadi.





Widget not in any sidebars