Tangkap tedung telan sawa

Mutakhir

am@hmetro.com.my

 

Seremban: Ular tedung selar sepanjang 2.5 meter ditangkap ketika ular sawa di reban ayam milik seorang lelaki di Kampung Gadong Jaya, Labu di sini, malam tadi.

Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Seremban, V Yogeswaran berkata, dalam kejadian 8.40 malam itu, pemilik berusia 41 tahun meninjau reban selepas terdengar bunyi bising.

“Lelaki itu kemudian mendapati ada seekor ular yang agak besar di atas lantai reban. Apabila mendekatinya, dia terkejut ular tedung selar sedang menelan ular sawa.

“Lelaki itu mendapati tiada ayamnya hilang, justeru dia berpendapat ular sawa itu tidak sempat makan ayam di rebannya apabila diserang ular tedung selar berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu menghubungi APM untuk mendapatkan bantuan dan pasukannya mengambil masa lima minit untuk menangkap ular seberat lapan kilogram itu yang diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

 

 

 

Image: 
#Khairul Najib Asarullah Khan

Seremban: Ular tedung selar sepanjang 2.5 meter ditangkap ketika ular sawa di reban ayam milik seorang lelaki di Kampung Gadong Jaya, Labu di sini, malam tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: