Didakwa bunuh adik, ibu saudara

Utama

am@hmetro.com.my

Baling: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majisret hari ini atas dua pertuduhan membunuh adik dan ibu saudaranya di Kampung Lanai, Parit Panjang, di sini, awal bulan ini.

Tertuduh, Azman Wahab, 32, mengangguk faham sejurus kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Izmi Ibrahim namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mengikut kertas pertuduhan, Azman didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian adiknya, Muhammad Azwan Wahab di ruang tamu rumah beralamat 147 Kampung Lanai, Parit Panjang, di sini, jam 11 pagi, 2 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian ibu saudaranya, Rokiah Abdullah di luar rumah beralamat sama jam 11.10 pagi, 2 Oktober lalu

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Izmi menetapkan 23 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan mengarahkan tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan kesihatan mental.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Polis Inspektor Wan Hasmira Wan Ishak.

Mahkamah juga tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh.

Harian Metro sebelum ini melaporkan tertuduh tergamak memukul adiknya yang lumpuh dan ibu saudaranya sehingga maut selepas mendakwa mendengar bisikan suara mengarahkannya melakukan perbuatan itu.

Image: 
Muhaamad Hafis Nawawi dan Safuri Kamarudin

Baling: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majisret hari ini atas dua pertuduhan membunuh adik dan ibu saudaranya di Kampung Lanai, Parit Panjang, di sini, awal bulan ini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: