70 sertai Kejohanan Futsal SPANCO 2016 

Arena

Bangi: Kejohanan Futsal SPANCO 2016 yang disertai 70 pasukan daripada jabatan kerajaan dan kelab di sini hari ini, menyaksikan kemunculan pasukan pilihan lDani FC sebagai juara lelaki manakala Diva FC mengungguli kategori wanita.

Dani FC yang menewaskan pasukan JPN (ZulFF) dengan jaringan 1 – 0 meraih piala pusingan serta wang tunai bernilai RM1,000 manakala tempat kedua melayakkan JPN membawa pulang RM800 pada kejohanan tahunan yang diadakan bersempena Hari Sukan Negara 2016.

Tempat ketiga dan keempat yang membawa pulang hadiah wang tunai RM600 dan RM400 jatuh kepada Gago FC dan MBK-FT.

Bagi kategori wanita pula, Diva FC menumpaskan Irdina FC dengan satu jaringan tidak berbalas bagi menaiki takhta juara manakala Lady Bugs dan Outcast menempah tempat ketiga dan keempat. Kesemua pasukan membawa pulang hadiah yang sama nilai dengan pasukan lelaki.

Dalam kejohanan kedua anjuran SPANCO, syarikat fleet bagi perkhidmatan kenderaan kerajaan hari ini, menyaksikan pertarungan 64 pasukan lelaki dan enam pasukan wanita yang majoritinya membabitkan penyertaan pasukan yang mewakili jabatan dan agensi kerajaan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi SPANCO, Datuk Azman Idris, kejohanan ini dianjurkan sebagai tanda sokongan pihaknya kepada Kementerian Belia dan Sukan ke arah mendidik warga Malaysia sebagai bangsa yang aktif bersukan.

“Kami sebagai sebuah badan korporat yang prihatin, sentiasa komited dalam menyokong dan menyumbang bagi menjayakan agenda nasional bersempena sambutan Hari Sukan Negara 2016,” katanya pada acara yang dirasmi oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan yang melakukan sepak mula di gelanggang utama di Uptown Sports Futsal Bandar Baru Bangi di sini, semalam.

Sementara itu, Saravanan berkata, kementerian mengalu-alukan usaha dan pembabitan pihak swasta yang menyokong visi kementerian ke arah membentuk Malaysia sebagai Bangsa Bersukan.

“Kami berharap lebih ramai lagi pihak swasta yang akan mengikut jejak SPANCO pada sambutan Hari Sukan Negara akan datang,” katanya.

Beliau berkata, Hari Sukan Negara dianjurkan bagi menggalakkan rakyat Malaysia menjadi lebih aktif di dalam sukan kerana sehingga kini, hanya kira-kira 40 peratus rakyat Malaysian yang mengamalkan gaya hidup aktif berbanding 60 peratus penduduk dalam kalangan negara-negara membangun. 

“Kami ingin melihat rakyat Malaysian juga mengamalkan gaya hidup sihat ini melalui aktiviti bersukan seterusnya dapat menyumbang mengurangkan peratusan kes sakit kronik di kalangan rakyat,” katanya.

Image: 
HM

Bangi: Kejohanan Futsal SPANCO 2016 yang disertai 70 pasukan daripada jabatan kerajaan dan kelab di sini hari ini, menyaksikan kemunculan pasukan pilihan lDani FC sebagai juara lelaki manakala Diva FC mengungguli kategori wanita.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: