CPR selamatkan si comel

Utama

am@hmetro.com

Nilai: Bomba menyelamatkan anak kucing yang terperangkap dalam saluran paip sinki dapur rumah di Nilai Impian, di sini.

Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Siti Noraini Ab Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan lelaki 40-an mendakwa anak kucing miliknya dikhuatiri lemas, pada 9.14 pagi, 8 Oktober.

Sehubungan itu, katanya, dua anggota bomba bergegas ke kediaman itu bagi menawarkan bantuan menerusi khidmat khas.

“Bomba memerlukan 30 minit untuk mengeluarkan anak kucing yang terperangkap. Anggota kemudian seterusnya memberi bantuan CPR kerana haiwan itu tiada tindak balas.

“Kira-kira lima minit bantuan pernafasan tanpa alat atau CPR dilakukan, anak kucing itu memberi tindak balas dan hidup,” katanya.

Jurucakap itu menjelaskan, anggota bomba menyerahkan semula anak kucing itu kepada pemiliknya untuk dibawa ke klinik haiwan berdekatan.

Image: 
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Nilai: Bomba menyelamatkan anak kucing yang terperangkap dalam saluran paip sinki dapur rumah di Nilai Impian, di sini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: