Tengah tengok TV, rumah runtuh

Utama

 

ekhwan@hmetro.com.my

Samariang: Suami isteri hilang tempat tinggal selepas rumah mereka di Kampung Samariang Batu, Samariang, runtuh malam tadi.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa Suhaimie Marikan, 40, sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum bahagian itu tiba-tiba runtuh.

Katanya,  rumah berkenaan yang dibina di tepi Sungai Santubong dalam keadaan usang kerana kayu yang digunakan juga kebanyakkannya hampir reput.

“Saya sempat melarikan diri ke bahagian dapur untuk keluar melalui pintu belakang. Ketika kejadian hanya saya seorang diri kerana isteri berada di rumah rakan.

“Setakat ini kami menumpang di rumah abang ipar di kampung yang sama untuk sementara waktu kerana pendapatan sebagai nelayan menyukarkan baik pulih dijalankan dalam masa terdekat,” katanya.

 

Image: 
Ekhwan Haque Fazlul Haque

Samariang: Suami isteri hilang tempat tinggal selepas rumah mereka di Kampung Samariang Batu, Samariang, runtuh malam tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: