Eksploitasi kanak-kanak jadi peminta sedekah

Mutakhir

apendy@hmetro.com.my

Ipoh: Seramai 12 kanak-kanak perempuan berusia 11 hingga 13 tahun diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan manusia yang mengeksploitasi mereka sebagai peminta sedekah dalam operasi dijalankan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bandar raya ini malam tadi.

Dalam serbuan jam 11.15 malam dan 1.45 pagi itu, turut diberkas dua suspek lelaki dan wanita berusia 40-an yang dipercayai terbabit dalam kegiatan mengeksploitasi kesemua kanak-kanak terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, kanak-kanak berkenaan dipercayai dipergunakan sebagai peminta sedekah selain menjual ubat-ubatan herba selain kalendar.

“Kanak-kanak perempuan yang diselamatkan itu akan ditempatkan di rumah perlindungan di Negeri Sembilan, manakala dua suspek yang diberkas kini direman selama lima hari bermula hari ini.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta AntiPemerdagangan Manusia dan AntiPenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana pemerdagangan kanak-kanak yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, polis akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk membanteras kegiatan permedagangan manusia ini sama ada membabitkan warga tempatan atau warga asing.

 

 

 

 

Image: 
Muhammad Apendy Issahak

Ipoh: Seramai 12 kanak-kanak perempuan berusia 11 hingga 13 tahun diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan manusia yang mengeksploitasi mereka sebagai peminta sedekah dalam operasi dijalankan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bandar raya ini malam tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: