Dr Fauziah tiba di Bangkok

Mutakhir

manan_samad@hmetro.com.my

 

Bangkok: Dr Fauziah Abu Hassan, Ahli Lembaga Pengarah MyCARE yang dibebaskan selepas kapal Zaytouna-Olive dinaikinya ditawan tentera Israel ketika dalam misi Women’s Boat to Gaza (WBG) Rabu lalu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, di sini, kira-kira jam 2 petang tadi.

 Beliau dijangka bertolak ke Kuala Lumpur menaiki penerbangan Thai Airways TG417 pada 4.40 petang ini (waktu Thailand) dan dijadual tiba di KLIA 7.50 malam.

 Dr Fauziah ditemani suaminya Prof Mohd Alauddin Mohd Ali yang tiba dari Kuala Lumpur sebentar tadi.

  Kapal Zaytouna-Olive yang membawa 13 wanita dalam misi WBG ditawan tentera Israel kira-kira jam 9 malam (waktu Malaysia) di perairan Gaza, Palestin.

  Perkara itu disahkan Pusat Krisis WBG MyCARE yang terputus hubungan dengan ahli misi WBG.

 

Image: 
Manan Samad

Bangkok: Dr Fauziah Abu Hassan, Ahli Lembaga Pengarah MyCARE yang dibebaskan selepas kapal Zaytouna-Olive dinaikinya ditawan tentera Israel ketika dalam misi Women’s Boat to Gaza (WBG) Rabu lalu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, di sini, kira-kira jam 2 petang tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: