Sembilan ditahan kes curi motosikal

Mutakhir

shamsulmunir@hmetro.com.my

 

Bukit Mertajam: Sembilan lelaki berusia 15 hingga 45 tahun ditahan sejak 4 Oktober hingga hari ini kerana terbabit dalam jenayah curi motosikal di Seberang Perai Tengah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kesemua mereka terlibat dalam beberapa kejadian curi motosikal sejak awal tahun ini.

 Beliau berkata, mereka ditahan berasingan di sini dan Tasek Gelugor dekat sini.

 “Ada antara mereka penuntut di institut kemahiran dan ada juga yang bekerja sebagai peniaga.

“Polis juga merampas lima motosikal dipercayai dicuri dan menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya di sini.

 Nik Ros Azhan berkata, selain itu pihaknya juga merampas beberapa komponen motosikal yang sudah dileraikan di rumah mereka.

 

Image: 
Shamsul Munir Safini

Bukit Mertajam: Sembilan lelaki berusia 15 hingga 45 tahun ditahan sejak 4 Oktober hingga hari ini kerana terbabit dalam jenayah curi motosikal di Seberang Perai Tengah.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: