11 lagi akan dibebaskan

Utama

 

mahaizura@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seramai 11 lagi ahli misi Women’s Boat to Gaza (WBG) termasuk Dr Fauziah Mohd Hassan yang ditawan Israel kelmarin, dijangka dibebaskan dalam masa terdekat.

Freedom Flotilla Coalition (FFC) berkata, maklumat itu diterima daripada peguam hak asasi manusia yang menguruskan pembebasan mereka.

“11 orang ahli delegasi lain akan diterbangkan semula ke negara masing-masing sama ada pada malam ini (waktu tempatan) atau awal pagi esok,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan dua sukarelawan dari Al Jazeera yang dibebaskan lebih awal semalam, selamat tiba di London dan Moscow.

Sementara itu, malam tadi Parlimen Eropah turut menggesa pembebasan semua aktivis yang menyertai misi itu sejak 14 September lalu.

 

Image: 
Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Seramai 11 lagi ahli misi Women’s Boat to Gaza (WBG) termasuk Dr Fauziah Mohd Hassan yang ditawan Israel kelmarin, dijangka dibebaskan dalam masa terdekat.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: