Demi anak kucing [METROTV]

Utama

mazizul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Isteri saya mahu mengambil risiko untuk memanjat keluar tingkap (untuk menyelamatkan anak kucing) dan nasib baik saya sampai di rumah tepat pada masanya untuk menghalangnya.”

Begitulah kata-kata pemilik anak kucing yang terjatuh ke belebas tingkap dari rumah di tingkat 12, Ang Mo Kio Avenue 3, Singapura.

Anak kucing itu akhirnya diselamatkan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Singapura, semalam.

SPCA turut memuat naik video operasi menyelamat anak kucing itu di Facebook (FB) mereka.

Menurut kenyataan pada status SPCA itu, pihaknya dihubungi jiran bertentangan rumah yang bimbang melihat anak kucing berkenaan pada belebas tingkap.

Ketika penyelamat SPCA tiba kawasan rumah itu, dua anggota polis sudah berada di tingkat bawah dengan memegang kain selimut manakala penyelamat naik ke rumah pemilik di tingkat 12.

Video berdurasi 54 saat itu turut dikongsi media di sana dan seorang pemilik FB dengan nama Mohamed Zali mengaku dia pemilik kucing itu menerusi ruangan komen di FB Channel News Asia.

“Itu kucing saya. Sebenarnya tingkap tertutup tetapi hanya disebabkan bukaan yang kecil, kucing saya tergelincir dan jatuh.

“Isteri saya mahu mengambil risiko untuk memanjat keluar tingkap dan nasib baik saya sampai di rumah tepat pada masanya untuk menghalangnya.

“Tetapi sekarang dia rasa sedih dengan komen-komen negatif yang dia baca,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ada yang meninggalkan kata-kata negatif seperti menyalahkan pemilik yang disifatkan tidak bertanggungjawab dan seolah-olah mahu membunuh anak kucing itu.

Sementara itu, pengguna FB turut memuji usaha menyelamat oleh SPCA dan lega kerana anak kucing itu selamat.

“Sangat gembira kucing anda selamat, dan isteri anda tidak memanjat ke luar tingkap. Apa pun, jantung saya berdegup kencang apabila melihat video ini,” kata Amelia Chen.

Julie Yusoff pula berkata, insiden seperti ini pernah berlaku kepadanya.

“Alhamdulillah anak kucing anda selamat. Ini berlaku kepada kucing saya dan sejak itu kami memasang jaring pada tingkap,” katanya.

Image: 
Mazizul Dani

Kuala Lumpur: “Isteri saya mahu mengambil risiko untuk memanjat keluar tingkap (untuk menyelamatkan anak kucing) dan nasib baik saya sampai di rumah tepat pada masanya untuk menghalangnya.”

Kucing sangkut di belelebas tingkat 12

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: