Belum habis kira, banyak lagi…

Utama

Kuala Lumpur : Wang hasil rasuah yang viral di aplikasi Whatsapp dan Facebook hari ini belum habis dikira dan hasil pengiraan sehingga 1 tengah hari tadi, jumlahnya RM 10 juta.

Sumber berkata, wang rampasan hasil rasuah dipercayai milik salah seorang lelaki yang bertugas di jabatan kerajaan di Sabah itu belum habis dikira oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana jumlahnya dikatakan RM50 juta.

Wang itu dirampas oleh SPRM dalam satu operasi semalam.

Berdasarkan sumber, penemuan wang itu adalah yang terbesar berkaitan kes rasuah.

Kelmarin, pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah dan timbalannya, disyaki mengumpul kekayaan lebih RM50 juta sejak enam tahun lalu, menerusi penyelewengan projek secara agihan kepada sanak saudara mereka.

Mereka disyaki menyalahgunakan kuasa dalam agihan projek pembangunan infrastruktur dikendalikan jabatan mereka, bernilai lebih RM3.3 bilion yang disalurkan Kerajaan Persekutuan sejak enam tahun lalu.

Harian Metro difahamkan, Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki akan membuat sidang media mengenai penemuan itu sebaik suspek berusia 51 dan 54 tahun itu direman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Image: 
HM

Kuala Lumpur : Wang hasil rasuah yang viral di aplikasi Whatsapp dan Facebook hari ini belum habis dikira dan hasil pengiraan sehingga 1 tengah hari tadi, jumlahnya RM 10 juta.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: