[UPDATE] Suspek bunuh ibu direman

Utama

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Ampang Jaya: Suspek disyaki membunuh ibunya di kediaman mereka di Menara Jade, Bukit Indah, di sini ditahan reman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, tarikh reman suspek berusia 23 tahun itu bermula hari ini hingga 10 Oktober ini untuk membantu siasatan.

“Soal siasat terhadap suspek masih belum dijalankan memandangkan keadaannya yang masih trauma.

“Motif kejadian itu masih dalam siasatan dan kami tidak menolak kemungkinan suspek berada keadaan pengaruh dadah ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, ibu kandung suspek berusia 49 tahun ditemui berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan dan leher.

Suspek ditahan di Balai Polis Bukit Indah selepas dia dipercayai mengamuk di balai polis berkenaan kira-kira jam 4 pagi tadi.

Berita berkaitan:

• Anak jenis apakah ini?

Image: 
Nurul Hidayah Bahaudin

Ampang Jaya: Suspek disyaki membunuh ibunya di kediaman mereka di Menara Jade, Bukit Indah, di sini ditahan reman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: