nursaliawati@hmetro.com.my
Alor Gajah: Jenazah mangsa lemas Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16, Gombak, Muhammad Abdullah, 22, dijangka dikebumikan jam 10 pagi esok, di Tanah Perkuburan Islam Pekan Alor Gajah, di sini.
Ibu mangsa Zahariah Abdullah, 51, berkata, jenazah anak keempat daripada sembilan beradik itu akan dikebumikan sebaik selesai urusan mandi dan solat jenazah dikediamannya.
Katanya, dia dan keluarga hanya mengetahui mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu kira-kira jam 3 petang selepas suaminya menerima panggilan telefon daripada rakan magsa.
“Suami sudah pergi ke hospital untuk membuat pengecaman dan sebaik urusan bedah siasat selesai jenazah akan dibawa balik ke sini malam nanti.
“Walaupun terkejut dengan kejadian yang menimpa namun saya reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Kelemak Perdana, di sini, hari ini.

Alor Gajah: Jenazah mangsa lemas Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16, Gombak, Muhammad Abdullah, 22, dijangka dikebumikan jam 10 pagi esok, di Tanah Perkuburan Islam Pekan Alor Gajah, di sini.





Widget not in any sidebars