Beli di Australia

Utama

sitiaisyah@hmetro.com.my

Sepang: Polis mengesahkan seluar dalam bercorak Jalur Gemilang yang dipakai sekumpulan lelaki warga Australia ketika perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam dibeli dari negara mereka.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, perkara berkenaan dimaklumkan mereka ketika siasatan dijalankan ke atas sembilan lelaki itu.

“Malah, pihak polis turut melakukan pemeriksaan ke atas bilik hotel tempat mereka menginap.

“Selain itu, ketika kejadian berkenaan, kumpulan lelaki itu di bawah pengaruh alkohol,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Polis juga tidak akan memanggil pihak penganjur berhubung siasatan sembilan lelaki warga Australia itu, katanya.

Abdul Aziz berkata, hal ini kerana, siasatan itu membabitkan penonton terbabit yang hadir pada perlumbaan itu.

“Justeru, pihak penganjur tidak dipanggil bagi siasatan ini kerana tidak ada kena-mengena dengan perkara ini,” katanya.

Media melaporkan, sembilan lelaki warga Australia ditahan polis di SIC di sini, kira-kira 5 petang semalam selepas didakwa menghina dengan memakai seluar dalam gambar Jalur Gemilang.

Mereka yang ditahan itu berusia antara 25 hingga 29 tahun dan kini direman empat hari bermula hari ini.

Sementara itu, Pengurusan SIC menerusi kenyataan berkata, pihaknya mengambil serius kejadian itu serta menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Penonton berkelakuan tidak senonoh dan sopan di litar turut segera dikeluarkan dari kawasan berkenaan,” katanya

Berita berkaitan:

• Padah pakai seluar dalam Jalur Gemilang

Image: 
Siti A’isyah Sukaimi

Sepang: Polis mengesahkan seluar dalam bercorak Jalur Gemilang yang dipakai sekumpulan lelaki warga Australia ketika perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam dibeli dari negara mereka.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: