Suspek bunuh adik, ibu saudara direman

Utama

am@hmetro.com.my

Sik: Lelaki direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh adik lelakinya dan ibu saudara di Kampung Lanai, Parit Panjang, di sini, semalam.

Suspek berusia 31 tahun yang berpakaian lokap tiba di Mahkamah Majistret Sik, 9.30 pagi tadi sebelum perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Mohd Izmi Ibrahim.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Shariffuddin Yusuf berkata, suspek akan direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki lumpuh Muhamad Azuan Wahab, 26 dan wanita Rokiah Abdullah, 54, meninggal dunia selepas dipukul suspek yang mendakwa mendengar bisikan suara mengarahkannya melakukan perbuatan itu.

Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, suspek memukul adik lelakinya dengan kayu pengukur kelapa sebelum turut bertindak memukul ibu saudaranya dengan seketul bata menyebabkan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan kedua-dua mangsa selamat dikebumikan jam 2 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lanai selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Image: 
Safuri Kamarudin

Sik: Lelaki direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh adik lelakinya dan ibu saudara di Kampung Lanai, Parit Panjang, di sini, semalam.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: