Maut motosikal bertembung kereta

Utama

razis@hmetro.com.my

Kota Bharu: Tiga penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan dua kereta dalam kejadian di Jalan Salor Baru, tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu Tan Cheng Ming, 15, Koh Kok Penn, 22, dan Wee Teck Ming, 19 maut di tempat kejadian akibat parah.

Seorang daripada mangsa yang maut turut putus tangan kanan.

Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, ketika kejadian semua mangsa menunggang motosikal dari Kota Bharu menghala ke Pasir Mas.

Kataanya, apabila tiba di lokasi kejadian Tan yang menunggang motosikal Yamaha RXZ melanggar Proton Satria yang datang dari arah bertentangan.

“Dua lagi mangsa yang masing-masing menunggang Yamaha 125Z yang cuba mengelak kemalangan itu merempuh Nissan Frontier yang datang dari arah bertentangan.

“Ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian akibat parah dan dibawa ke HRPZ II untuk bedah siasat,” katanya.

Baharom berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Image: 
Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Tiga penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan dua kereta dalam kejadian di Jalan Salor Baru, tengah malam tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: