Tiada bom, Bursa Malaysia dibuka kembali

Utama

bisnes@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Unit pemusnah bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Bangunan Bursa Malaysia selamat dan tiada objek mencurigakan atau bom ditemui susulan ancaman bom, tengah hari tadi.

Bursa Malaysia dalam satu kenyataan turut berkata, ia dibuka kembali pada 2 petang dan urus niaga untuk sesi tengah hari dimulakan pada 2.30 petang tadi.

Akibat ancaman itu, Bursa Malaysia Bhd telah mengaktifkan Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP), katanya.

Difahamkan, dalam kejadian itu, seorang individu membuat panggilan telefon dan mengugut untuk meletupkan bom dalam bangunan itu selepas solat Jumaat.

Individu berkenaan turut membuat empat panggilan telefon dan mengancam mahu meletupkan bangunan berdekatan Bursa Malaysia.

Unit K9 PDRM dipanggil bagi membuat pemeriksaan bersama anjing pengesan.

Image: 
Badrila Jamlus – Asmah Rusman -Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Unit pemusnah bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Bangunan Bursa Malaysia selamat dan tiada objek mencurigakan atau bom ditemui susulan ancaman bom, tengah hari tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: