Ugutan bom di Bangunan Bursa Malaysia

Utama

asmah_rusman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bangunan Bursa Malaysia di Bukit Kewangan di sini menerima ugutan bom, 1 tengah hari tadi.

Difahamkan, seorang individu membuat panggilan telefon dan mengugut untuk meletupkan bom dalam bangunan itu selepas solat Jumaat.

Individu berkenaan turut membuat empat panggilan telefon dan mengancam mahu meletupkan bangunan berdekatan Bursa Malaysia.

Susulan itu, pihak pengurusan mengarahkan semua kaki tangan mengosongkan bangunan serta-merta.

Ketika ini, Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang membuat pemeriksaan bersama anjing pengesan.

Image: 
Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Bangunan Bursa Malaysia di Bukit Kewangan di sini menerima ugutan bom, 1 tengah hari tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: