Ajal kereta terjunam ke dalam sungai

Utama

am@hmetro.com.my

Jitra: Kakitangan Lembaga Tabung Haji Sungai Petani ditemui lemas selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam sungai di Kilometer 10.5 Kampung Alor Biak, Jalan Sungai Korok, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Ramsunardi Ramli, 42, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Arau, Perlis dari Sungai Petani kerana bercuti tiga hari.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abdul Hadi Hassan berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang memandu seorang diri menghala ke Arau, Perlis dari Kubang Sepat dikatakan terbabas dan terjunam ke dalam sungai berkenaan kira-kira jam 7 pagi tadi.

Berikutan itu katanya, mangsa dipercayai terperangkap dalam kenderaan itu dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra tiba di lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa.

“Mangsa yang masih berada dalam kereta itu berjaya ditemui jam 8.30 pagi dan disahkan meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Jitra untuk tindakan lanjut.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Juhaisam Jusoh di talian 04-9172222 untuk memberi maklumat bagi memudahkan siasatan.

“Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Image: 
Zuliaty Zulkiffli

Jitra: Kakitangan Lembaga Tabung Haji Sungai Petani ditemui lemas selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam sungai di Kilometer 10.5 Kampung Alor Biak, Jalan Sungai Korok, di sini, pagi tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: