Bantu apa saja yang diperlukan

Mutakhir

am@hmetro.com.my

 

Langkawi: Kerajaan negeri sedia membantu keluarga Nur Shakinah Naim, 19,pelajar Malaysia yang hilang di Normandy, Perancis, sejak Ahad lalu, selain menawarkan kerjasama kepada agensi kerajaan untuk menggiatkan usaha mengesannya.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah berkata, wakil kerajaan negeri juga sudah melakukan kunjungan dan berjumpa bapa dan ibu pelajar terbabit di Tikam Batu, Sungai Petani, semalam.

“Kerajaan negeri sedang bekerjasama dan sentiasa berhubung dengan agensi kerajaan termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kedutaan Malaysia di Perancis berhubung kes ini.

“Kita juga bersedia menimbang dan menawarkan apa juga bentuk bantuan yang diperlukan keluarganya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Jamuan Makan Malam sempena Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Padang Matsirat di sini, malam tadi.

Ahmad Bashah turut menasihatkan ahli keluarga pelajar terbabit supaya bersabar dan sentiasa berhubung dengan agensi kerajaan untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Nur Shakinah, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam mengikuti pengajian Kejuruteraan Kimia di Institute University of Technology (IUT) Rouen,Norwandy, sejak tahun lalu.

Anak kedua daripada enam beradik itu juga adalah lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah dan memperoleh 10A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan bapa pelajar terbabit, Naim Awang, 46, dan isteri, Nur Halizah Ahmad, 43, akan berlepas ke Perancis Sabtu ini dengan kos dibiaya sepenuhnya oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Abdul Rahim Saad.

Sementara itu, pada jamuan makan malam yang dihadiri lebih 2,000 perwakilan PEMADAM itu, menyaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Bakar Din dipilih menerima Anugerah Khas sebagai menghargai sumbangannya menggerakkan aktiviti PEMADAM di negeri ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Pengerusi PEMADAM Datuk Seri Mohd Johari Baharom.

Image: 
Hamzah Osman

Langkawi: Kerajaan negeri sedia membantu keluarga Nur Shakinah Naim, 19,pelajar Malaysia yang hilang di Normandy, Perancis, sejak Ahad lalu, selain menawarkan kerjasama kepada agensi kerajaan untuk menggiatkan usaha mengesannya.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: