Warga emas maut ditetak anak

Utama

apendy@hmetro.com.my

Tapah: Wanita warga emas ditemui mati di rumahnya di Kampung Baru Air Kuning di sini dipercayai ditetak di leher oleh anak lelakinya sendiri, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu mangsa, 74, yang juga lumpuh ditemui di atas kerusi malas di bahagian dapur rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee yang mengesahkan kejadian itu berkata, suspek berusia 54 tahun yang juga anak lelaki mangsa turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Polis menerima maklumat daripada orang kampung pada 7.20 malam mengenai seorang perempuan cedera parah dipukul anaknya.

“Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan pemeriksaan mendapati kesan tetak di leher dan muka mangsa selain senjata pisau potong daging dijumpai tepi mayat,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa tinggal berdua bersama anaknya (suspek) di rumah setingkat tiga bilik.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Image: 
Muhammad Apendy Issahak

Tapah: Wanita warga emas ditemui mati di rumahnya di Kampung Baru Air Kuning di sini dipercayai ditetak di leher oleh anak lelakinya sendiri, malam tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: