Waris diminta tuntut mayat 

Mutakhir

junaidi_ladjana@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, mencari waris kepada mayat lelaki, Yong Hong Fong, 63, yang masih belum dituntut sejak 16 Julai lalu.

Alamat terakhir Hong Fong berdasarkan kad pengenalan iaitu Lot 3, New Shophouse Tecm Guan Villa, Jalan Penampang, Kota Kinabalu.

Pengarah HQE, Dr Heric Corray berkata, mayat Hong Fong dimasukan di Wad Rawatan Prarapi (HDW) pada 16 Julai lalu dan meninggal dunia pada hari sama.

“Ketika berada di wad, tidak ada ahli keluarga bersama pesakit dan sehingga kini tiada waris yang datang menuntut mayatnya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai si mati ataupun waris diminta menghubungi HQE di talian 088-517500 sambungan 8284,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

 

Image: 
Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu: Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, mencari waris kepada mayat lelaki, Yong Hong Fong, 63, yang masih belum dituntut sejak 16 Julai lalu.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: