Kasih adik buat abangnya

Utama

am@hmetro.com.my

Tumpat: “Abang koma selepas kemalangan jalan raya, Mac lalu,” kata Wan Mohd Hasral Hakimi Wan Hanafi, 23.

Katanya, sejak itu dia berhenti kerja hanya kerana hendak menjaga abangnya, Wan Ahmad, 27.

Wan Mohd Hasral, berkata sebelum ini bekerja sebagai juruteknik di syarikat telekomunikasi di Kuantan, Pahang.

“Saya nak jaga abang sehingga dia sembuh. Kami sangat rapat dan ketika kecil, abang selalu jaga saya memandangkan usia kami berbeza empat tahun sahaja, kini giliran saya pula menjaganya.

“Ibu dan ayah sudah uzur dan sering sakit. Oleh itu, saya yang mengambil alih tugas menjaga abang daripada mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Keli, di sini.

Anak bongsu daripada lapan beradik itu berkata, sejak kemalangan, abangnya berada dalam koma dan hanya matanya yang bergerak dan berkelip.

Image: 
Mohamad Zulhairie Manzaidi

Tumpat: “Abang koma selepas kemalangan jalan raya, Mac lalu,” kata Wan Mohd Hasral Hakimi Wan Hanafi, 23.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: