Kental dilambung ombak Mediterranean

Utama

mahaizura@hmetro.com.my

SELEPAS tiga hari belayar dari Perancis, kapal Zaytouna-Olive, tiba di pelabuhan Messina, Sicily, Itali, kira-kira 2 petang, hari ini (waktu Malaysia).

Kapal berkenaan dinaiki 13 ahli misi Women’s Boat to Gaza (WBG) sebagai tanda solidariti wanita membawa mesej keamanan untuk penduduk Palestin dan usaha memecahkan sekatan dilakukan rejim Zionis ke atas Gaza.

Wakil Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan, berkata walaupun masih keletihan mengharungi pelayaran tiga hari dua malam, ia tidak mematahkan semangat ahli misi untuk meneruskan pelayaran untuk pembebasan Palestin.

“Kebanyakan daripada kami tiada selera makan dan ada juga ahli misi sakit.

“Namun, pelayaran kali ini (merentasi Laut Mediterranean) lebih memudahkan kami menunaikan solat kerana ombak yang terkawal berbanding pelayaran ke Ajaccio, Perancis sebelum ini.

“Alhamdulillah, selepas pihak berkuasa marin Itali bertanyakan beberapa soalan rombongan kami dibenarkan belabuh di sini,” katanya.

Misi WBG anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC) memulakan pelayaran dari Barcelona, Sepanyol, 14 September lalu (8 malam waktu tempatan) dan dijangka tiba di Gaza, Sabtu, 1 Oktober.

Malaysia menerusi inisiatif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dijangka bakal melancarkan projek #GiveHope di Gaza bertujuan membantu penduduk Palestin dalam aspek perubatan.

Image: 
Mahaizura Abd Malik

SELEPAS tiga hari belayar dari Perancis, kapal Zaytouna-Olive, tiba di pelabuhan Messina, Sicily, Itali, kira-kira 2 petang, hari ini (waktu Malaysia).

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: