Pemandu, lapan pelajar cedera

Utama

mohdhilmie@hmetro.com.my

Melaka: Pemandu dan lapan pelajar cedera selepas van dinaiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Taman Teknologi Cheng (TTC) 12, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 6.15 pagi itu, seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun patah tangan kanan manakala tiga lagi pelajar lelaki dan empat pelajar perempuan berusia 13 hingga 15 tahun mengalami kecederaan pada badan, muka dan tangan.

Sementara itu, pemandu van wanita berusia 40-an dipercayai mengalami kecederaan dalaman.

Difahamkan van itu dalam perjalanan menghantar 15 pelajar Sekolah Menengan Kebangsaan (SMK) Malim dari taman perumahan di Krubong, di sini, sebelum ia tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang di bahu jalan.

Sumber polis berkata, lapan pelajar dan pemandu van terbabit dikejarkan ke Hospital Melaka utnuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, difahamkan baki enam lagi pelajar yang tidak mengalami kecederaan terus ke sekolah manakala selebihnya dirujuk ke klinik atau pusat perubatan lain.

Tinjauan Harian Metro di Jabatan Trauma dan Kecemasan Hospital Melaka mendapati, kebanyakan pelajar dibenar pulang selepas menerima rawatan pesakit luar, manakala beberapa pelajar ditahan di hospital terbabit untuk pemantauan selama enam jam.

Image: 
Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Pemandu dan lapan pelajar cedera selepas van dinaiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Taman Teknologi Cheng (TTC) 12, di sini, awal pagi tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: