Jaffar balik 27 September

Utama

yusmizal@hmetro.com.my

Sydney: Akan pulang Selasa depan. Itu perkembangan terkini usaha membawa pulang pesara, Jaffar Saion, 57, yang sedang menerima rawatan di Hospital St Vincent, di sini.

Perkara itu diputuskan menerusi satu perbincangan antara ahli keluarganya dengan Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM), hari ini, selepas mengambil kira keadaan kesihatan dan nasihat doktor.

Setiausaha (Operasi) Abd Khalid Chairul, berkata jadual asal penerbangan pada 25 September ini ditunda selepas perkembangan terbaru itu dan ia diputuskan secara bersama dengan persetujuan semua pihak.

“Sehingga ini, di segi pengurusan semuanya lancar. Kita dimaklumkan pegawai perubatan bahawa pakar masih perlu memantau keadaannya pada 25 September. Oleh itu, insya-Allah, kita akan bawa pulang Jaffar 27 September ini,” katanya.

Keadaan kesihatan Jaffar stabil namun masih di dalam pengawasan doktor selepas diserang angin ahmar, 30 Ogos lalu.

Image: 
Yusmizal Dolah Aling

Sydney: Akan pulang Selasa depan. Itu perkembangan terkini usaha membawa pulang pesara, Jaffar Saion, 57, yang sedang menerima rawatan di Hospital St Vincent, di sini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: