Syukur ya Allah…

Utama

REMAJA-TRAUMA

KELUARGA SYUKUR NUR DARLEEN DAZEERA DITEMUI SELAMAT

Kajang: “Syukur padamu ya Allah, Alhamdulillah kerana selamatkan anakku” tidak putus-putus keluar dari mulut ibu Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, yang dilarikan dua lelaki tidak dikenali di Bandar Tun

Hussein Onn di sini, hari ini.

Zainon Md Zin, 55, memeluk erat anaknya itu sebaik Nur Darleen Dazeera keluar dari kereta Proton Wira wanita yang menemuinya kira-kira tiga kilometer dari rumahnya, dan membantu membawa mangsa pulang pada 2.20 petang tadi.

Suasana sedih menyelubungi perkarangan rumahnya sebaik Nur Darleen Dazeera atau dipanggil ‘Baby’ dalam kalangan keluarga, tiba dan menangis teresak-esak, memeluk anggota keluarganya termasuk bapanya, Azhar Mohd Mukry, 61.

Pelajar tingkatan tiga yang masih memakai pakaian seragam sekolah itu dilarikan dua lelaki bermotosikal ketika sedang menunggu van sekolah di depan rumah pada 7 pagi tadi.

Keluarga itu bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan kepada media dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat. Pelajar itu juga masih dalam keadaan terkejut dan tidak banyak bercakap, hanya menjawab ‘tidak kenal’ ketika anggota keluarga bertanya siapa yang melarikannya.

Difahamkan, mangsa dipaksa menaiki motosikal suspek selepas diacukan parang dan dibawa ke sebuah rumah berdekatan sebelum dilepaskan dua lelaki itu dan ditemui Juliana Jeffrey, 42, kira-kira 2.20 petang, tujuh jam selepas kejadian, berjalan seorang diri berdekatan sebuah pasar raya di sini, selepas dia pulang daripada menghantar anak ke sekolah.

Difahamkan, Nur Darleen Dazeera ditinggalkan dua lelaki berkenaan di pasar raya itu selepas berita mengenai kejadian itu tersebar di laman sosial.

“Nur Darleen Dazeera berjalan seorang diri dan dia tergamam apabila anak saya menegurnya. Kami meminta dia menaiki kereta dan terus membawanya pulang ke rumah,” kata Juliana di sini, hari ini.

Menurutnya, sepanjang perjalanan menuju rumahnya itu, Nur Darleen Dazeera menangis dan tidak bercakap.

“Memang berita mengenai kehilangan Nur Darleen Dazeera saya tahu selepas perkara itu viral di laman sosial,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan menerusi kenyataan berkata, butiran terperinci kes ini tidak boleh didedahkan namun polis sudah mengambil keterangannya.

Bapa saudara mangsar, Jalaluddin Md Zin, 50, berkata seorang rakan anak saudaranya yang berada dalam van sekolah ternampak Nur Darleen Dazeera menaiki motosikal, diapit dua lelaki.

“Nur Darleen Dazeera berada di antara dua lelaki berkenaan dan cuba melambai tangan ke arah rakannya tetapi dihalang lelaki itu,” katanya.

Image: 
BERNAMA

REMAJA-TRAUMA

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: