'Tolong hentikan'

Utama

asmah_rusman@hmetro.com.my

Kajang: “Tolong hentikan semua berita yang menyatakan anak saudara saya sudah ditemui,” demikian rayu bapa saudara pelajar perempuan yang dipercayai dibawa lari dua lelaki menaiki motosikal pagi tadi

Jalaluddin Md Zin, 50-an berkata, sehingga kini ahli keluarga masih buntu dan belum menerima sebarang berita mengenai keadaan mangsa Nur Darleen Dazeera Azhar, 15.

Jalaluddin berkata, sehingga kini ahli keluarga masih buntu dan belum menerima sebarang berita mengenai keadaan mangsa Nur Darleen Dazeera Azhar, 15.

“Dakwaan ibu mangsa bekerja sebagai jururawat juga tidak benar sebaliknya dia bekerja di Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Bukit Bintang.

“Pagi tadi sepasukan anggota polis datang ke rumah kami selepas berita berkenaan tersebar di aplikasi WhatsApp dan saya difahamkan mereka juga membuat rondaan di kawasan ini,” katanya yang ditemui di rumah mangsa di Jalan Susana 4/2 Bandar Tun Hussien Onn.

Katanya, kejadian itu disedari ibu mangsa selepas menerima panggilan daripada pemandu van berkenaan yang ternampak mangsa menaiki motosikal bersama dua lelaki.

“Saya sudah ke sekolah bertemu dengan pengetua dan rakan Baby (panggilan manja kepada Nur Darleen Dazeera) dan dia disahkan memang tidak hadir ke sekolah.

“Saya mohon mereka yang mempunyai maklumat menghubungi keluarga atau polis dengan segera,” katanya.

Katanya, mereka sekeluarga bimbang dengan keadaan Baby berikutan remaja itu mempunyai penyakit lelah.

Sementara itu, polis mengesahkan sudah menerima laporan daripada bapa Nur Darleen.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan berkata, polis sedang giat menjalankan siasatan daripada semua sudut terpaksa memantau maklumat yang tersebar dalam media sosial.

“Selain mengambil keterangan ahli keluarga dan pemandu van sekolah, polis turut merakam percakapan saksi dan rakan baik mangsa di sekolah.

“Pegawai penyiasat turut memeriksa rekod kedatangan mangsa ke sekolah bagi mengenal pasti rakan lelaki atau teman lelaki mangsa sekiranya ada,” katanya.

Othman turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mensensasikan kes itu dan menyebarkan fakta tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan risiko kepada mangsa jika benar dia diculik.

Image: 
Asmah Rusman

Kajang: “Tolong hentikan semua berita yang menyatakan anak saudara saya sudah ditemui,” demikian rayu bapa saudara pelajar perempuan yang dipercayai dibawa lari dua lelaki menaiki motosikal pagi tadi

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: