Empat ahli Daish ditahan

Utama

asmah_rusman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Empat lelaki ahli Daish ditahan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara 2 Ogos hingga 17 September lalu di sekitar Selangor dan Pahang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek terdiri daripada warganegara Bangladesh, Nepal, Morocco dan seorang lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 38 tahun.

Beliau dalam satu kenyataan media hari ini berkata, lelaki tempatan berkenaan bekerja sebagai pemandu peribadi kepada seorang ahli perniagaan dan disyaki mempunyai hubungan dengan Muhammad Wanndy Mohamed Jedy.

“Suspek warga Bangladesh dipercayai menyeludup senjata api bagi kegunaan anggota pengganas manakala peranan lelaki Nepal berkenaan memalsukan dokumen perjalanan anggota pengganas,” katanya.

Katanya, dua suspek ditahan mengikut Seksyen 6 Akta Imigresen 1959/63 dan dua lagi mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Image: 
Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Empat lelaki ahli Daish ditahan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara 2 Ogos hingga 17 September lalu di sekitar Selangor dan Pahang.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: