Sampai hati…

Utama

nursaliawati@mediaprima.com.my

Melaka: Bayi perempuan baru lahir meninggal dunia selepas dipercayai ditekup mulut oleh ibunya dalam kejadian di Bukit Palah, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian disedari oleh keluarga remaja perempuan berusia 18 tahun itu pada 1 pagi sebelum membawa bayi terbabit ke hospital.

Sumber polis berkata, ketika dibawa ke Hospital Melaka, bayi yang baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam itu sudah meninggal dunia.

“Suspek memberitahu dia menekup mulut anaknya dengan tangan kerana menangis dan memaklumkan kejadian kepada teman lelakinya yang berusia 17 tahun.

“Bagaimanapun, tidak lama selepas itu keluarga kedua-dua pasangan kekasih berkenaan mendapat tahu mengenai kejadian sebelum bapa remaja perempuan itu membawa bayi dan anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan kejadian.

Katanya, pasangan kekasih terbabit sudah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan kerana membunuh anak selepas kelahiran.

Image: 
Nur Saliawati Salberi

Melaka: Bayi perempuan baru lahir meninggal dunia selepas dipercayai ditekup mulut oleh ibunya dalam kejadian di Bukit Palah, di sini, awal pagi tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: