Mayat disumbat dalam beg

Utama

Klang: Mayat lelaki dewasa yang disumbatkan dalam beg pakaian ditemui oleh pekerja perangkap sampah Jalan Harper, Klang, Sabtu lalu.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, pekerja perangkap sampah warganegara Indonesia memaklumkan kepada polis mengenai mayat dalam beg pakaian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, mayat lelaki dipercayai berusia lebih 50 tahun berikutan ciri-cirinya yang beruban serta memakai gigi palsu.

“Mayat ditemui diikat dengan menggunakan tali dan disumbatkan ke dalam beg pakaian berwarna hitam dan merah setinggi 0.60 meter.

“Mayat juga memakai baju kemeja berkolar lengan pendek serta seluar pendek hingga paras lutut bewarna coklat,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Utara di sini, hari ini.

Mohd Yusoff berkata, selain itu, terdapat alat bantuan pernafasan penyakit asma turut ditemui dalam poket seluar kiri mangsa, manakala tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

Katanya, polis kini sedang mengenal pasti identiti mangsa dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asistan Superintendan Chua Hang Loun di talian 019-3193193.

Image: 
Ayusliza Azizan

Klang: Mayat lelaki dewasa yang disumbatkan dalam beg pakaian ditemui oleh pekerja perangkap sampah Jalan Harper, Klang, Sabtu lalu.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: