Dilepas tuduhan potong kemaluan suami

Utama

rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Pilah: Wanita yang dituduh memotong kemaluan suaminya, Fatimah Abdullah, 51, dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) terhadap pertuduhan itu oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Nariman Badruddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan yang diwakili J Gunamalar.

Permohonan dibuat berikutan saksi utama kes iaitu suami wanita terbabit, Umar Rahman, 44, yang juga warga Pakistan masih belum dapat dikesan selepas dikatakan pulang ke negara asal.

Mengikut pertuduhan, Fatimah didakwa mencederakan suaminya itu dengan memotong kemaluan lelaki terbabit menggunakan pisau di Jalan Beringin 3, Batu Kikir, 1.20 pagi, 28 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rahimah Abd Majid.

Pada 22 Februari lalu, tertuduh menukar pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Image: 
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Pilah: Wanita yang dituduh memotong kemaluan suaminya, Fatimah Abdullah, 51, dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) terhadap pertuduhan itu oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: