Ya Allah, pilunya…

Utama

mhafis@hmetro.com.my

Alor Setar: Budak lelaki berusia empat tahun dikhuatiri lemas manakala tiga ahli keluarganya terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Santap, Kampung Telaga Mas, Pokok Sena di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mereka yang menaiki Proton Wira Aeroback dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Bukit Teriak selepas keluar membeli-belah di Pekan Pokok Sena.

Muhammad Rizal Zakwan Mohd Radzi, masih hilang manakala bapanya, Mohd Razi Mat Akib, 54, dan dua kakak, Nurul Rasyidah,15, dan Nurul Rasyiqah, 11, terselamat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 1.46 tengah hari.

“Tindakan menaikkan kereta mangsa jenis Proton Wira Aeroback dilakukan, namun kanak-kanak itu tidak ditemui,” katanya.

Image: 
Muhaamad Hafis Nawawi

Alor Setar: Budak lelaki berusia empat tahun dikhuatiri lemas manakala tiga ahli keluarganya terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Santap, Kampung Telaga Mas, Pokok Sena di sini tengah hari tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: